Enjoy

Saturday 15 November 2014

Idea menggunakan barangan terpakai untuk meningkatkan pendapatan sampingan :)

Zaman sekarang isu kitar semula tidak dianggap penting oleh semua golongan masyarakat. Mereka hanya mementingkan perkara-perkara seperti hiburan , politik dan sebagainya berbanding isu alam sekitar. Jika sesuatu isu alam sekitar itu dapat membahayakan keadaan dan nyawa mereka barulah mereka akan terhegeh-hegeh ingin mengambil berat tentang isu alam sekitar ini.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita. Masyarakat hendaklah sedar bahawa kitar semula ini sangat penting dalam menjaga alam sekitar kita daripada musnah. Oleh itu, setiap pihak mestilah bertanggungjawab dalam memainkan peranan menjaga alam sekitar melalui kitar semula.
Perlu diketahui sebenarnya kitar semula ini boleh memberi kita pendapatan secara tidak langsung..bagaimanakah ia boleh berlaku?nah, di sini kita akan memberikan beberapa pandangan mengenai bagaimana kitar semula boleh menjana pendapatan.
  •     Bagi masyarakat yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, OKU dan masyarakat yang tidak mempunyai kelulusan pendidikan, mereka boleh menggunakan surat khabar lama untuk membuat pasu , tudung saji dan bunga-bunga untuk dijual.
  •  Melalui cara ini, mereka boleh memperolehi wang daripada melakukan perkara-perkara negatif untuk mendapatkan wang seperti mencuri.
  •  Selalunya barangan kitar semula ini akan dibuat barang perhiasan mengikut kekreatifan seseorang individu tersebut.  Contoh barangan kitar semula seperti tayar, penutup botol dan tin, sudu dan pinggan plastik, botol air, penyepit baju dan tin serangga juga boleh dikitar semula.

Ini adalah contoh gambar barangan yang dikitar semula dan digubah menjadi perhiasan yang boleh dijual bagi memperoleh pendapatan sampingan :

Ini adalah contoh penyepit baju dijadikan tempat gantung memo dan pesanan yang comel J

Ini pula dihasilkan dari sudu plastik...cantik!

















Lihat seperti bunga kan?tetapi percaya tak ini sebenarnya daripada tin racun serangga. Kreatif sungguh J
Ini bagi golongan remaja yang teringin untuk mendapatkan wang sampingan untuk perbelanjaan boleh menggunakan kaedah ini J hanya dengan menggunakan plastik botol sahaja.












Kedua-dua perhiasan ini hanya menggunakan cawan dan pinggan polisterine. Lihat bagaimana kreatifnya mereka mengubah barangan kitar semula menjadi perhiasan yang tampak begitu mewah J
          
ini pula memerlukan pembuatan yang teliti dan rajin...(bagi yang malas-malas agak payah nak membuatnya
J ) percaya atau tidak ini adalah dari tin-tin minuman..hebat kan?



Ini boleh menjimatkan kos! Tidak perlu guna sampan hanya dengan menggunakan botol air. Dasyat! J J J
Jadi, lepas dah tengok gambar-gambar tu mesti baru terfikir kan...rupanya barangan kitar semula boleh buat macam ni sekali. Hebat dan kreatif !

Oleh itu, kami berseru janganlah membuang barangan yang tidak mahu digunakan lagi sesuka hati...kemungkinan barang tersebut boleh menjadi sumber sampingan pendapatan kita J

No comments:

Post a Comment