Enjoy

Friday 12 December 2014

Pusat Kitar Semula Punca Masalah?

Pusat Kitar Semula Punca Masalah? kes kecurian sana sini berlaku akibat dari barangan terbuang yang boleh di kitae semula ?

Ianya berharga dan bernilai tinggi menjadi tarikan untuk mendapatkan wang mudah. Pusat pengumpulan barang kitar semula yang wujud dimana-mana pula memudahkan ianya dijual. 

Jika ianya barang terbuang tidak mengapa tetapi termasuklah barangan berguna dan elok menjadi mangsa kerakusan pemungut sampah dan pencuri. Dari kesan positif kini ianya menjadi punca kepada masalah. 

Masalah Pusat Kitar Semula
Pusat-pusat pengumpulan barangan kitar semula yang tumbuh bak cendawan lepas hujan ini mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Jika kita lihat kebanyakannya meletakkan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran yang sepatutnya. Mereka juga tidak pernah menolak sebarang barangan kitar semula yang bernilai tinggi walaupun ianya mencurigakan.

Pusat-pusat kitar semula ini sewajarnya menjadi mata-mata buat pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan kecurian. Mereka perlu membuat laporan jika terdapat barangan mencurigakan dibawa ketempat mereka. Takkan mereka tidak kenal barangan tersebut adalah hasil dari barang curi? Kabel-kabel TNB dan TM bukan dimiliki oleh orang ramai.

Pusat-pusat kitar semula ini juga tidak diurus dengan baik. Keadaannya sungguh tidak terjaga, kotor, tidak tersusun serta sistematik. Barangan terbuang dan terpakai ini dibiarkan bersepah dan sudah kelihatan seperti tempat pembuangan sampah! Ianya bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah mengundang bencana kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan tikus.

Description: pusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semulaDescription: pusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semula

Penguatkuasaan Dan Pemantauan
Seharusnya pihak berkuasa memperketatkan syarat-syarat penubuhan pusat-pusat kitar semula ini disamping memantau harga yang dikenakan. Mereka meraih keuntungan berganda sedangkan penjual yang bersusah payah mengumpul dengan harapan untuk menjaga alam sekitar namun jika hasilnya terlalu mengecewakan, sudah pasti ianya akan melemahkan semangat. Program kitar semula bertujuan untuk menjaga alam sekitar tetapi pusat-pusat kitar semula ini pula yang mencemarkan alam sekitar! Apa dah jadi ni?

Description: pusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semulaDescription: pusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semulaKesedaran tentang amalan kitar semula itu sangat baik. Ramai yang ingin melakukannya tetapi seringkali tergendala apabila tiada inisiatif galakan yang dapat menyemarakkan semangat melakukan aktiviti ini.

Hasil daripada jualan barangan kitar semula pula telah dibeli dengan harga yang tidak munasabah sehingga melemahkan semangat serta membantutkan usaha murni ini.

Kecewa dengan pihak yang mengambil kesempatan, begitu juga kecewa dengan pihak berkuasa yang tidak mengambil berat isu ini. Harga barang kitar semula wajar dikawal dan dipamerkan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan.

Jika segala ini berlarutan, sudah pasti usaha negara untuk mencapai target untuk setanding dengan negara maju yang menjadikan kitar semula sebagai satu budaya sudah tentu akan gagal. Alam sekitar pasti akan terus terdedah dengan kemusnahan dan pencemaran.

Namun begitu, bukan semua pusat pengumpulan barang kitar semula ini tidak diurus dengan baik tapi alangkah bagusnya jika pusat pengumpulan kitar semula diseluruh negara seperti Pusar Kitar Semula Komuniti di Putrajaya ini...

Description: pusat pengumpulan barang terbuang dan terpakai yang boleh di kitar semula


Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Jika ada sebarang pertanyaan hanya emailkan yea !

No comments:

Post a Comment