Enjoy

Wednesday 17 December 2014

WARNA TONG KITAR SEMULA
            Setiap kerajaan negara menyediakan tong kitar semula untuk masyarakat membuangkan sampah yang boleh dikitar semuala. Di Malaysia, kerajaan juga menyediakan tong kitar semula kepada rakyat Malaysia untuk membuangkan sampah yang boleh dikitar semula. Tong kitar semula di Malaysia dibahagikan kepada tiga warna iaitu perang, biru dan oren.

 

Warna: Perang
Sampah kitar semula: Kaca
Semua kaca sama ada berwarna atau tidak berwarna seperti botol minuman ringan, baling makanan, botol vitamin dan botol kosmetik boleh dimasukkan ke dalam tong kitar semula warna ini.

Kristal, cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal dan baling atau botol bahan toksik tidak termasuk dalam warna tong kitar semula ini. 

Warna: Biru
Sampah kitar semula: Kertas
Semua sampah jenis kertas sama ada berwarna atau tidak berwarna seperti majalah, surat khabar, buku, helaian kertas, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod boleh dimasukkan dalam tong kitar semula warna ini.
Kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/ aluminium, kertas berlapis plastic dan kertas yang kotor tidak termasuk dalam tong kitar semula warna ini.

Warna Oren
Sampah kitar semula: Tin, Aluminium, Tin Keluli dan Plastik
Semua jenis aluminiumdan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan boleh dimasukkan dalam tong kitar semula warna ini.
Semua plastik sama ada berwarna atau tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin boleh dimasukkan dalam tong kitar semula warna ini.
Bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom tidak temasuk dalam warna tong kitar semula ini.


No comments:

Post a Comment