Enjoy

Tuesday, 16 December 2014

SEJARAH KITAR SEMULA


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden. Tiga komponen dalam kitar semula adalah “reduce” atau “pengurangan pembaziran”, “reuse” atau “guna semula” dan “recycle” atau “kitar semula”
Pada mula-mulanya, bahan yang boleh dikitar semula termasuk bahan-bahan yang kebanyakannnya jenis kaca, kertas, logam, plastik. Menikut perkembangan moden, barangan seperti tekstil dan elektronik juga boleh dikitar semula.

KITAR SEMULA PADA ZAMAN AWAL
Pada 400 BC, kitar semula telah bermula dan merupakan satu amalan biasa dalam sejarah manusia. Hal ini dapat dibukti melalui rekod penyokong seawal Plato. Semasa tempoh sumber kurang, kajian arkheologi dalam sampah silam menunjukkan kurang buangan rumah seperti abu, perkakasan rosaak dan tembikar. Sebab kitar semula yang dilakukan pada masa itu adalah ketiadaan bahan baru dan ketidakcukupan bahan mentah untuk menghasilkan sesuatu barangan.
 Dalam tempoh sebelum pengilangan, terdapat bukti serpihan gangsa dan logam lain dikutip di Europa dan dicairkan kembali bagi kegunaan berterusan.Selain itu, di British, debu dan abu dari pendiang kayu dan arang batu juga dikumpul oleh ‘pengumpul sampah’ dan dikitar bawah atau “downcycling” sebagai bahan asas bagi menghasilkan batu-bata. Punca utama bagi kitar semula jenis ini adalah kelebihan ekonomi mendapat bahan suap stok kitar semula dan bukannya bahan baru. Selain ini, ia juga dapat mengurangkan sampah di kawasan yang semakin padat dengan penduduk.
Pada tahun 1813, Benjamin Law membangunkan proses menukar perca kain menjadi benang shoddy dan mungo wool di Batley, Yorkshire. Bahan ini merupakan gabungan fiber kitar semula dengan benang dara. Industri shoddy Yorkshire Barat ditempatkan di bandar-bandar seperti Batley dan Dewsbury dan berakhir dari seawall abad ke-19 hingga Perang Dunia Pertama.

KITAR SEMULA SEMASA PEPERANGAN
Semasa Perang Dunia, berlaku kekurangan sumber untuk digunakan dan menyebabkan berlaku penukaran antara dunia lain untuk menggalakkan kitar semula. Selain itu, kempen promosi besar-besaran kerajaan dilakukan oleh kerajaan negara yang terbabit dalam Perang Dunia Kedua.  Dalam kempen tersebut, warga negara digalakkan untuk menderma logam dan mengurangkan fiber sebagai sumbangan patriotic besar yang penting. Program pengekalan sumber juga ditubuhkan semasa perang diteruskan di sesetengah Negara tanpa sumber mentah semula jadi seperti Negara Jepun selepas perang berakhir.

No comments:

Post a Comment