Enjoy

Monday 15 December 2014

buat duit dengan barangan terpakai? biar betul..


Mesti kebanyakan suri rumah benci pada persekitaran rumah yang tidak tersusun? Contohnya, keadaan stor yang dipenuhi dengan barang-barang terpakai. kalau nak buang susah pula nak mencari tong warna coklatlah, birulah, jinggalah (tong kitar semula).. bukan semua tempat disediakan tong-tong khas ni..

jangan risau.. Tahukah anda, barang-barang yang "menggunung" dalam stor anda itu boleh ditukarkan ke dalam bentuk wang tunai? Bagaimana?

Di malaysia banyak pusat-pusat menjual barangan terpakai dibangunkan. Jika anda menghantar barangan anda, mereka akan membayar mengikut timbangan berat.. semakin berat semakin lumayan~

Ini anggaran kasar harga beberapa barangan terpakai:
 
1 kg plastik             = RM0.80/kg
1 kg tin aluminium = RM3.00/kg
1 kg aluminium      = RM4.00/kg
1 kg kotak              = RM0.35/kg
1 kg surat khabar   = RM0.25/kg
*sumber dari kelapabali

Amacam? Walaupun pendapatan yang diperolehi tidaklah terlalu menguntungkan tetapi berbaloi juga dari membuang secara percuma.. di samping dapat mengekalkan konsep 3 dalam 1.. melalui penjualan barang-barang terbuang iaitu dapat duit, selamatkan alam, rumah pun kemas.(^^,)

5 comments:

  1. Di Kuala Terengganu kat mana

    ReplyDelete
  2. pusat menjual barangan terpakai di Kuala Terengganu dekat mana?

    ReplyDelete
  3. pusat menjual barangan terpakai di kuala terngganu kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya, saya kurang tahu mengenai kawasan Kuala Terengganu.
      Tapi harap link ini dapat membantu anda:

      https://www.facebook.com/pages/Tzu-Chi-Recycling-Center/587610777960339

      https://www.facebook.com/RD-Papers-Official-131771983638098/

      Delete
    2. Mungkin juga awak boleh rujuk alamat ini. Sekali lagi maaf atas kelewatan saya. Saya berasal dari Sabah, jadi saya tak tahu menahu kawasan tersebut.

      EverLantern Trading Sdn. Bhd. (Kuala Terengganu Branch)
      Lot 2229, Bengkel Kitar Semula,
      Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring,
      21060 Kuala Terengganu,Terengganu.
      Tel: 09 - 666 1802 Fax: 09 - 666 1802

      Delete