Enjoy

Saturday 13 December 2014

Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2014

Tahukah anda bahawa setiap tahun pada tarikh 11hb November merupakan hari Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan?

Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan ini pula telah mula diperkenalkan di negara ini bermula pada tahun 2000 bertempat di pasaraya Mid Valley, Kuala Lumpur dan ianya masih lagi berterusan hingga kini.

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014
Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK 2014)


Untuk tahun 2014, Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK 2014) ini telah diadakan pada 15hb November 2014 dengan tema, “Kitar Semula Tanggungjawab Bersama. Majlis HKSK 2014 ini dilangsungkan di Taman Tasik Sri Serdang, Serdang Selangor. Ianya dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

No comments:

Post a Comment