Enjoy

Saturday 13 December 2014

Kolej Kediaman UMS Sokong Kitar Semula

Kolej Kediaman USIA-1 Borneo merupakan salah satu kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah yang menyokong Kitar Semula. 

Pihak pengurusan kolej telah mengambil langkah dengan menyediakan beberapa buah tong plastik yang diletakkan di aras lima bangunan kolej tersebut. 

Hal ini demikian kerana, mereka mendapati banyak sampah yang terdiri daripada plastik dan kertas dibuang oleh residen kolej hampir setiap hari. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk menyediakan tong-tong berkenaan supaya residen di situ dapat membuang sampah dengan bijak iaitu dengan mengasingkan sampah-sampah yang boleh digunakan semula. 

Selain itu, pihak pengurusan juga telah menguar-uarkan kepada residen supaya lebih bijak menggunakan semula botol plastik dan kertas yang tidak digunakan ataupun dengan membuangnya ke dalam tong yang telah disediakan.

Nor Idayu Binti Dollah, 21, yang merupakan salah seorang residen di kolej kediaman berkenaan menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan kolej. Beliau sentiasa mengingatkan dirinya supaya membuang kertas atau plastik yang tidak mahu digunakan ke dalam tong yang disediakan. 
"Sekurang-kurangnya, tidak banyak sampah yang dihasilkan jika kita bijak menguruskan sampah yang hendak dibuang iaitu dengan mengitar semula," katanya.

Tong KITAR SEMULA yang terdapat di Kolej Kediaman USIA-1 Borneo, UMS


No comments:

Post a Comment