Pusat
Kitar Semula Punca Masalah? kes kecurian sana sini berlaku akibat dari barangan
terbuang yang boleh di kitae semula ?
Ianya berharga dan bernilai tinggi menjadi tarikan untuk mendapatkan wang mudah. Pusat pengumpulan barang kitar semula yang wujud dimana-mana pula memudahkan ianya dijual.
Ianya berharga dan bernilai tinggi menjadi tarikan untuk mendapatkan wang mudah. Pusat pengumpulan barang kitar semula yang wujud dimana-mana pula memudahkan ianya dijual.
Jika ianya
barang terbuang tidak mengapa tetapi termasuklah barangan berguna dan elok
menjadi mangsa kerakusan pemungut sampah dan pencuri. Dari kesan
positif kini ianya menjadi punca kepada masalah.
Masalah
Pusat Kitar Semula
Pusat-pusat pengumpulan barangan kitar semula yang tumbuh bak cendawan lepas hujan ini mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Jika kita lihat kebanyakannya meletakkan harga yang terlalu murah berbanding
harga pasaran yang sepatutnya. Mereka juga tidak pernah menolak sebarang
barangan kitar semula yang bernilai tinggi walaupun ianya mencurigakan.
Pusat-pusat
kitar semula ini sewajarnya menjadi mata-mata buat pihak berkuasa dalam
membanteras kegiatan kecurian. Mereka perlu membuat laporan jika terdapat
barangan mencurigakan dibawa ketempat mereka. Takkan mereka tidak kenal
barangan tersebut adalah hasil dari barang curi? Kabel-kabel TNB dan TM bukan
dimiliki oleh orang ramai.
Pusat-pusat
kitar semula ini juga tidak diurus dengan baik. Keadaannya sungguh tidak
terjaga, kotor, tidak tersusun serta sistematik. Barangan terbuang dan terpakai
ini dibiarkan bersepah dan sudah kelihatan seperti tempat pembuangan
sampah! Ianya bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah mengundang
bencana kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan tikus.
Penguatkuasaan Dan Pemantauan
Seharusnya
pihak berkuasa memperketatkan syarat-syarat penubuhan pusat-pusat kitar
semula ini disamping memantau harga yang dikenakan. Mereka meraih
keuntungan berganda sedangkan penjual yang bersusah payah mengumpul dengan
harapan untuk menjaga alam sekitar namun jika hasilnya terlalu mengecewakan,
sudah pasti ianya akan melemahkan semangat. Program kitar semula bertujuan
untuk menjaga alam sekitar tetapi pusat-pusat kitar semula ini pula yang
mencemarkan alam sekitar! Apa dah jadi ni?
Kesedaran tentang amalan kitar semula itu sangat
baik. Ramai yang ingin melakukannya tetapi seringkali tergendala apabila tiada
inisiatif galakan yang dapat menyemarakkan semangat melakukan aktiviti
ini.
Hasil daripada jualan barangan kitar semula pula telah dibeli dengan harga yang tidak munasabah sehingga melemahkan semangat serta membantutkan usaha murni ini.
Kecewa dengan pihak yang mengambil kesempatan, begitu juga kecewa dengan pihak berkuasa yang tidak mengambil berat isu ini. Harga barang kitar semula wajar dikawal dan dipamerkan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan.
Hasil daripada jualan barangan kitar semula pula telah dibeli dengan harga yang tidak munasabah sehingga melemahkan semangat serta membantutkan usaha murni ini.
Kecewa dengan pihak yang mengambil kesempatan, begitu juga kecewa dengan pihak berkuasa yang tidak mengambil berat isu ini. Harga barang kitar semula wajar dikawal dan dipamerkan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan.
Jika
segala ini berlarutan, sudah pasti usaha negara untuk mencapai
target untuk setanding dengan negara maju yang menjadikan kitar
semula sebagai satu budaya sudah tentu akan gagal. Alam sekitar pasti akan
terus terdedah dengan kemusnahan dan pencemaran.
Namun
begitu, bukan semua pusat pengumpulan barang kitar semula ini tidak
diurus dengan baik tapi alangkah bagusnya jika pusat pengumpulan kitar semula
diseluruh negara seperti Pusar Kitar Semula Komuniti di Putrajaya ini...
Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Jika ada sebarang pertanyaan hanya emailkan yea !
No comments:
Post a Comment